Monday, 25 April 2016

SABAR


Sabar

Satu kalimah yang sering didengar dan mudah disebut namun menjadikannya satu kata kerja yang diamalkan, justeru itu yang rumit.

Ramai orang tahu bahawa sabar itu perbuatan mulia yang mendapat ganjaran yang baik.

"dan Allah berserta orang-orang yang sabar."

"Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nahl ayat 96)

 "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala buat mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar ayat 10) .

itu yang selalu kita baca dan dengar tapi tak sema orang faham bahawa untuk memiliki sabar itu menuntut kesabaran.
dan tak ramai juga yang mengetahui sabar itu lebih dari sekadar redha atas musibah yang menimpa atau sabar dalam menunggu.

Al - quran mengajarkan kita tiga jenis sabar :

1. sabar dalam menghadapi musibah :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar "(2:155-156)

2. sabar dalam ketaatan kepada Allah :
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya." (20 : 132)

3. sabar dalam menjauhi kemunkaran :
"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".(12:33)




UJIAN




"عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-" الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ 

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W : 
" Dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir"
(Hadis Riwayat Muslim)

Disebabkan itukah, hidup ini penuh ujian dan cabaran?? 

Memang, hidup ini penuh ujian dan cabaran tapi bukan itu maksud nabi kita ketika mengungkap kata2 di atas...hidup ini memang banyak ujian tapi bukan iorang mukmin sahaja yang merasainya bahkan semua orang.
Dan pastinya ujian setiap orang itu berbeza-beza.
Ada orang yang hidupnya susah dan kesusahannya jelas kelihatan seperti si pengemis di jalanan dan adaa yang dilanda kesusahan yang tidak kelihatan oleh orang ramai, dirinya sahaja yang tahu keadaan sebenar seperti si kaya,tidak pernah merasa puas dalam hidupnya. Itu juga ujian baginya. 
Uniknya adalah kerana Allah menjanjikan bahawa ;

لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ 
"Allah tidak membebani hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan mereka..."

Jadi, apa maksud hadis  Rasulullah di atas??

Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, “Orang mukmin terpenjara di dunia karena mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.

Maka benarlah Rasulullah, apa yang keluar dari mulut Baginda tidak lain dari kebenaran dan apa yang disabdakan disitu ada hikmahnya.

Sunday, 17 April 2016

Api Vs Tanah


This post is a continuation of my last week post, we will talk about how soil is better than fire.

To start of, let just say that soil is a natural source but one must create fire to have one.

Soil are needed by human and other living things but not fire, maybe fire are needed in certain occasion but only by human but soil are needed by most living creatures on earth. 
And, to add up one third of the earth is covered by soil.

Human need oxygen to live, oxygen come from plant and plants need soil to grow. This shows how important soil are to human. It also shows that human could not live without soil but can without fire.

Though fire have certain benefits to living things but if it gets big, it could be a threat to us. Different from soil that could not bring any harm in any way.
Plus, it could help turn off the fire that could harm us.

These are a few things that i could think of how soil are better than fire.
There's probably more of it, but i think people get the idea already.
So, that is all...thank you

cuti


Cuti adalah sesuatu yang menyoronokkan bagi ramai orang.

Cuti seringkali disama ertikan dengan rehat.

Dulu, waktu kecik2 memang suka sangat cuti. Tak perlu pergi sekolah memang seronok, banyak benda yang boleh dibuat. Bermain-main di luar memang menyorokkan.

Tapi bila dah besar ni, bila banyak masa lapang rasa bosan pulak.

When we were kids, there were many things that excites us. Even a simple picnic at the beach would make us happy but when we grew up lots of things just became normal to us. Water park and theme parks don't seem to get us excited anymore.
So most of us just felt bored.

Bila dah bosan rasa diri ni kosong dan mulalah nak cari hiburan yang tah pape kat luar sana.
Na'uzubillahi min zalik

I think that the perfect solution for the emptiness felt is to fill our hearts with love.

Love for the Creator is a feeling that could free us from all the problems in the world.

Love for the prophets make us want to be a better person.

Love for our parents and family would make us treasure the moments we have together.

And, Love for ourselves is what makes us feel grateful for this life.




Monday, 11 April 2016

TANAH



"...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah." [Al-Qur'an 22: 5]

Satu hakikat yang sering diberitahu kepada kita bahawa manusia itu asalnya dari tanah dan kembalinya ke tanah juga.

Satu persoalan, adakah hakikat ini sukar untuk di terima???

"hakikat apa??"

"bahawa manusia ni berasal dari tanah"

"oooh, takdelah biasa je dengar. Bila dengar tu tak rase ape2 pun."

Namun sedarkah kita ada satu makhluk yang tidak berpuas hati dengan hakikat ini!!!

Peristiwa ini direkodkan dalam al-Quran:

Dan ingatlah peristiwa ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : " sesungguhnya Aku hendak mencipta manusia dari tanah liat yang kering yang berasal dari tanah yang berubah warna dan bau"
[al - Hijr : 28]

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat : " sujudlah kepada nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan iblis, ia enggan dan takbur maka menjadilah ia dari golongan yng kafir
[al - baqarah : 34]

Allah berfirman : " apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika aku perintahkanmu?"
Iblis menjwab :" aku lebih baik daripada Adam, Engkau menjadikannya dari tanah sedangkan aku dari api?"
[al - a'raaf : 12]

Benarkah api itu lebih baik atau hebat dari tanah???

To Be Continued....


AIR


Air sungai, air laut, air tasik, air longkang, air parit, air hujan, air terjun, air telaga, dan bermacam-macam jenis air lagi. Banyaknya jenis air yang dikenali dalam hidup ini...sekaligus menunjukkan betapa pentingnya air dalam hidup ini. 

Air digunakan untuk mencuci, memasak, menyiram dan yang paling penting untuk minum. Semua hidupan didunia ini memerlukan air untuk hidup, haiwan, tumbuhan dan manusia memerlukan air. Menurut fakta sains, manusia hanya dapat hidup paling lama 10 hari tanpa air. 

Oleh itu, manusia terutamanya akan berasa amat gelisah jika terjadinya krisis kekurangan air atau kemarau yang berpanjangan kerana kita semua tahu sumber datangnya air yang bersih adalah hujan 

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.
[QS. Al-Furqan : 48]

Mengetahui hakikat ini, jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur. Tidak membazir dalam menggunakan kurniaan Allah yang banyak dan menyesal bila ketiadaannya kerana Allah berupaya menarik semula kurniaannya dalam sekelip mata.

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ

Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya
[QS  Al-Mukminun : 18]



Tuesday, 5 April 2016

STARS


There are things in this world that you never get bored of ...no matter how many times you look at it your eyes never get tired and each time you look at it you found yourself amazed at the look of it.
For me it's the look of the night sky with stars in it.


For me, stars are one of the amazing creations of Allah S.W.T that is created to be a decoration of the sky. It decorated the sky so nicely that it makes me crack a smile every time i look up upon it. The light that shines from it in the middle of the dark makes me feel happy just looking at it. The beauty of it reminds me of the Almighty Creator that creates it...SUBHANALLAH!! i found myself saying every time i lay my eyes on His beautiful creation. There are no other words that could describe these feeling that i'm having upon looking at His creation except that "glory be to Allah" He is the only One that is capable of creating such a beauty.

Seeing the beauty creation makes me wonder about The Creator, will i be able to meet  Him on the day of judgement, the true beauty...
(٤٥) وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
(٤٦) الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
And seek assistance through patience and prayer; and most surely it is a hard thing, except for the humble ones (45),
who know that they shall meet their Lord and that they shall return to Him (46).


Sunday, 3 April 2016

Belimbing


Ku mengangumi satu penciptaan manusia yang diberi nama...pendrive/thumbdrive.
kemampuan alat yang kecil ini menyimpan beribu-ribu jenis maklumat dan mengolehnya dalam bentuk yang boleh difahami oleh manusia apabila dicucuk ke mana-mana PC atau laptop itu sungguh mengagumkan.

Saiznya yang kecil tapi mampu menyimpan data yang mencecah beratus-ratus gigabytes membuat ku tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi. Alat kecil ini, jika melihat luarannya sahaja tiada siapa sangka atau dapat meneka apa kandungan dalamnya sehinggalah ia dipaparkan.

Ditengah kekagumanku ini pada ciptaan manusia itu, aku jadi sentap bila diingatkan tentang ciptaan Allah yang persis alat kecil ini. Namanya biji benih...biji yang begitu kecil, apabila dicucuk ia akan menampakkan kandungannya.

Jika sebuah pendrive itu dapat memaparkan kandungannya pada skrin PC atau laptop bila dicucuk tapi dimensinya tetap 2D tak dapat disentuh atau rasa.

Akan tetapi, ciptaan Allah biji benih ini bila dibenamkan ke tanah akan tumbuhlah satu hidupan mengikut DNA yang dikandungnya. Jika kandungan biji benih itu ialah belimbing maka tumbuhlah ia menjadi pokok belimbing.

Melihat luaran sebutir biji benih, tiada siapa sangka apa yang bakal keluar darinya hasilnya tidak terhitung. Buah yang keluar dari satu biji benih tidak semestinya mempunyai rasa yang sama dan keluarannya akan berterusan mengikut jangka hayat dalam DNA biji benih. 

Hebatnya ciptaan Allah ini, setelah pokok itu tumbuh manusia akan dapat pelbagai manfaat darinya. Bukan sahaja buahnya menjadi bekalan makanan bahkan pokoknya menjadi bekalan oksigen bagi manusia.