"...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah." [Al-Qur'an 22: 5]
Satu hakikat yang sering diberitahu kepada kita bahawa manusia itu asalnya dari tanah dan kembalinya ke tanah juga.
Satu persoalan, adakah hakikat ini sukar untuk di terima???
"hakikat apa??"
"bahawa manusia ni berasal dari tanah"
"oooh, takdelah biasa je dengar. Bila dengar tu tak rase ape2 pun."
Namun sedarkah kita ada satu makhluk yang tidak berpuas hati dengan hakikat ini!!!
Peristiwa ini direkodkan dalam al-Quran:
Dan ingatlah peristiwa ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : " sesungguhnya Aku hendak mencipta manusia dari tanah liat yang kering yang berasal dari tanah yang berubah warna dan bau"
[al - Hijr : 28]
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat : " sujudlah kepada nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan iblis, ia enggan dan takbur maka menjadilah ia dari golongan yng kafir
[al - baqarah : 34]
Allah berfirman : " apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika aku perintahkanmu?"
Iblis menjwab :" aku lebih baik daripada Adam, Engkau menjadikannya dari tanah sedangkan aku dari api?"
[al - a'raaf : 12]
Benarkah api itu lebih baik atau hebat dari tanah???
To Be Continued....
No comments:
Post a Comment