Ku mengangumi satu penciptaan manusia yang diberi
nama...pendrive/thumbdrive.
kemampuan alat yang kecil ini menyimpan beribu-ribu jenis
maklumat dan mengolehnya dalam bentuk yang boleh difahami oleh manusia apabila
dicucuk ke mana-mana PC atau laptop itu sungguh mengagumkan.
Saiznya yang kecil tapi mampu menyimpan data yang mencecah
beratus-ratus gigabytes membuat ku tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi. Alat
kecil ini, jika melihat luarannya sahaja tiada siapa sangka atau dapat meneka
apa kandungan dalamnya sehinggalah ia dipaparkan.
Ditengah kekagumanku ini pada ciptaan manusia itu, aku jadi
sentap bila diingatkan tentang ciptaan Allah yang persis alat kecil ini.
Namanya biji benih...biji yang begitu kecil, apabila dicucuk ia akan
menampakkan kandungannya.
Jika sebuah pendrive itu dapat memaparkan kandungannya pada
skrin PC atau laptop bila dicucuk tapi dimensinya tetap 2D tak dapat disentuh
atau rasa.
Akan tetapi, ciptaan Allah biji benih ini bila dibenamkan ke
tanah akan tumbuhlah satu hidupan mengikut DNA yang dikandungnya. Jika
kandungan biji benih itu ialah belimbing maka tumbuhlah ia menjadi pokok
belimbing.
Melihat luaran sebutir biji benih, tiada siapa sangka apa yang
bakal keluar darinya hasilnya tidak terhitung. Buah yang keluar dari satu biji
benih tidak semestinya mempunyai rasa yang sama dan keluarannya akan berterusan
mengikut jangka hayat dalam DNA biji benih.
Hebatnya ciptaan Allah ini, setelah pokok itu tumbuh manusia
akan dapat pelbagai manfaat darinya. Bukan sahaja buahnya menjadi bekalan
makanan bahkan pokoknya menjadi bekalan oksigen bagi manusia.
No comments:
Post a Comment