Monday, 25 April 2016

UJIAN




"عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-" الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ 

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W : 
" Dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir"
(Hadis Riwayat Muslim)

Disebabkan itukah, hidup ini penuh ujian dan cabaran?? 

Memang, hidup ini penuh ujian dan cabaran tapi bukan itu maksud nabi kita ketika mengungkap kata2 di atas...hidup ini memang banyak ujian tapi bukan iorang mukmin sahaja yang merasainya bahkan semua orang.
Dan pastinya ujian setiap orang itu berbeza-beza.
Ada orang yang hidupnya susah dan kesusahannya jelas kelihatan seperti si pengemis di jalanan dan adaa yang dilanda kesusahan yang tidak kelihatan oleh orang ramai, dirinya sahaja yang tahu keadaan sebenar seperti si kaya,tidak pernah merasa puas dalam hidupnya. Itu juga ujian baginya. 
Uniknya adalah kerana Allah menjanjikan bahawa ;

لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ 
"Allah tidak membebani hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan mereka..."

Jadi, apa maksud hadis  Rasulullah di atas??

Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, “Orang mukmin terpenjara di dunia karena mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.

Maka benarlah Rasulullah, apa yang keluar dari mulut Baginda tidak lain dari kebenaran dan apa yang disabdakan disitu ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment