Air sungai, air laut, air tasik, air longkang, air parit, air hujan, air terjun, air telaga, dan bermacam-macam jenis air lagi. Banyaknya jenis air yang dikenali dalam hidup ini...sekaligus menunjukkan betapa pentingnya air dalam hidup ini.
Air digunakan untuk mencuci, memasak, menyiram dan yang paling penting untuk minum. Semua hidupan didunia ini memerlukan air untuk hidup, haiwan, tumbuhan dan manusia memerlukan air. Menurut fakta sains, manusia hanya dapat hidup paling lama 10 hari tanpa air.
Oleh itu, manusia terutamanya akan berasa amat gelisah jika terjadinya krisis kekurangan air atau kemarau yang berpanjangan kerana kita semua tahu sumber datangnya air yang bersih adalah hujan
وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.
[QS. Al-Furqan : 48]
Mengetahui hakikat ini, jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur. Tidak membazir dalam menggunakan kurniaan Allah yang banyak dan menyesal bila ketiadaannya kerana Allah berupaya menarik semula kurniaannya dalam sekelip mata.
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya
[QS Al-Mukminun : 18]
No comments:
Post a Comment