Aku sekuntum bunga mawar, bauku harum, warnaku menarik dan indah dipandang.
tapi,
Hidupku di tepi jalan, terdedah dengan bau yang busuk, bunyi yang bising dan apa yang lagi menakutkan ialah makhluk-makhluk yang mencuba mencantasku dari indukku.
namun,
aku juga dikurniakan duri untuk menjagaku dan lebah-lebah yang selalu memberiku kekuatan yang cukup untuk aku teruskan hidup....
sehingga tiba masanya untuk aku tinggalkan dunia ini kembali menjadi tanah.
*********
Aku seekor kucing jalanan, hidupku memang di jalanan,
tempat tidurku dan makan minumku tidak
menentu. Bergaduh, bercakaran dan berkejaran sana sini sudah menjadi kebiasaanku.
tapi
tak pernah terdetik dalam diriku untuk berputus asa dalam mencari sumber-sumber untukku teruskan hidup ini walau terpaksa menggali sampah-sarap,
semua itu ku tempuhi demi meneruskan hidup....
sehingga tiba masanya untuk aku tinggalkan dunia ini kembali menjadi tanah.
*********
Aku seorang manusia...dan itulah sebenarnya diriku. Aku bukan sekuntum bunga mawar yang hidupnya menjadi perhiasan kepada dunia.
namun,
inginku mengambil pelajaran dari sekuntum bunga itu, bagaimana ia menjaga dirinya itu dari makhluk-makhluk yang cuba merosakkannya. Tetap teguh ditempatnya walau banyak dugaan disekelilingnya.
Aku bukan juga seekor kucing jalanan tapi inginku mengambil pelajaran dari kehidupaan sang kucing yang tidak mengenal erti putus asa. Mengharungi semua cabaran yang mendatang demi mengecapi matlamat yang diimpi.
Aku seorang manusia...menjadi satu-satunya makhluk yang dikurniakan aqal, aku diberi kebolehan berfikir, menerima ilmu dan membezakan kebaikan dan keburukan.
Maka,
memanfaatkan kebolehanku ini, aku ingin menjadi orang-orang yang berfikir dan mengambil pelajaran dari sekelilingku untuk menjadikan aku seorang yang lebih baik,
kerana
menjadi seorang manusia itu beerti saat tiba masanya untuk kita meninggalkan dunia ini, kita akan dibangkitkan kembali bertemu Pencipta...
"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"(surah al-mu'minun :115)


No comments:
Post a Comment