Wednesday, 9 March 2016

LESU


LESU...
menurut dewan bahasa dan pustaka lesu membawa erti lemah, letih, putus harapan dan kurang bertenaga..

Sebagai manusia tidak dinafikan, perasaan-perasaan seperti ini wujud dalam diri kita. Adakalanya kita akan merasa letih, lemah dan lesu
Namun
sebagai manusia juga kita diberi kekuatan untuk melawan perasaan-perasaan ini.

Disini ingin saya kongsikan satu kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan bagi kita semua.

**********
suasana ketika itu sangat tidak menyenangkan, rasa ketakutan masih menghantui setiap dari mereka, mereka lapar, letih dan sejuk. Persoalan yang sama bermain di benak fikiran mereka, bilakah pengepungan pihak musuh (tentera quraisy) ini bakal berakhir. Kondisi mereka ketika itu sesuai dikatakan lesu. Ya, lesu...begitulah digambarkan keadaan penduduk Madinah ketika dikepung oleh tentera Quraisy dalam perang ahzab.

Sebuah persoalan keluar dari mulut Rasulullah, memecah kesunyian..."siapakah di antara kalian yang ingin menawarkan diri untuk mengintip pihak musuh mencari tahu apa rancangan mereka dan kembali ke sini dengan selamat mengkhabarkan kepada kami?" keadaan kembali hening tiada jawapan dari para sahabat, masing-masing meringkukkan tubuh kerana enggan akan tugas itu.

Melihat keadaan itu, Rasulullah menawarkan sesuatu yang sangat indah, sesuatu yang menjadi idaman setiap dari mereka. "Siapa yang sanggup akanKu doakan agar dia menjadi karibku di syurga kelak..". Sungguh indah balasannya, siapa tidak ingin bersama Rasulullah..namun kelesuan para sahabat ketika itu membuatkan mereka tidak segera bertindak atas arahan itu. Akhirnya Rasulullah menyebut satu nama, "dimanakah Hudzaifah?" Rasulullah menyebut nama Hudzaifah kerana tahu dia seorang yang taat pada Allah dan RasulNya dan dia cocok dengan tugas itu.

Dan memang benar Hudzaifah bersedia melaksanakan tugas itu, walaupun rasanya berat sekali. Hudzaifah melawan rasa lesu itu bagi mentaati perintah Rasulullah, menjadikan balasannya untuk bersama dengan Rasulullah di syurga itu sebagai motivasi.

**********

Begitulah contoh hidup yang boleh menjadi motivasi atau teladan kepada kita untuk melawan kelesuan yang mungkin hinggap dalam diri. Jangan sesekali tewas dengan perasaan-perasaan yang akan membinasakan diri kerana pada akhirnya kitalah yang berkuasa atas diri kita dan kekuasaan itu terletak pada hati menurut sebuah hadis...

" Di dalam jasad setiap anak adam itu, ada seketul daging jika baik seketul danging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika rosak seketul daging itu rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.."
                                                                         (hadis riwayat bukhari dan muslim)


No comments:

Post a Comment