Wednesday, 9 March 2016

IKHLAS


Ikhlas...satu perkataan yang mudah disebut namun sukar dilaksanakan. 
Ada yang mendefinisikan ikhlas ini dengan sebuah analogi seekor semut hitam, diatas batu hitam di malam yang gelap pekat.
Jika begitu,
barangkali ikhlas itu bermaksud tidak menunjuk-nunjuk, buat sesuatu itu tidak ingin dipuji maka disembunyi dan tanda ikhlas itu apabila kebaikan yang dilakukan tidak diingati.

**********
Tersebutlah kisah dua orang sahabat karib sedang dalam perjalanan yang jauh, mereka bermusafir bersama-sama si A dan si B. ketika dalam perjalanan, banyak perkara yang berlaku. Pernah sekali mereka bertengkar dan si A tanpa disedari menumbuk si B. Si A menyesali perbuatannya itu dan memohon maaf kepada si B, dia kemudiannya mengukir peristiwa dia menumbuk sahabatnya itu di sebuah batu dan ia kekal disitu lama. 

Beberapa ketika berlalu, mereka meneruskan perjalanan dalam keadaan aman sehinggalah sesuatu berlaku dan si B jatuh ke dalam sungai yang deras mengalir dan hampir kelemasan. Si A menyelamatkan si B dari mati kelemasan maka si B mengucapkan terima kasih kepada si A. Si A mengukir peristiwa dia menyelamatkan sahabatnya itu di atas pasir yang tidak lama kemudian tulisanya itu hilang ditiup angin.

********** 
kisah diatas menunjukkan betapa gigihnya si A melatihnya dirinya menjadi orang yang ikhlas. Dia tidak ingin kebaikannya diingati apatah lagi disebut-sebut maka sebolehnya dia menyembunyikannya tapi keburukannya diingati agar menjadi peringatan untuk diri.

Namun, tidak dinafikan bahawa menjadi seorang yang ikhlas itu berat jika tidak masakan Allah berfirman : " berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui."

Ini menunjukkan Allah mengetahui setiap isi hati hambaNya, adakalanya penyakit-penyakit hati seperti riak, ingin dipuji, malas dan benci itu wujud dalam hati namun disitulah perjuangan itu berlaku dan Allah akan memberi balasan atas usaha kita dan bukan hasilnya.

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment