Monday, 28 March 2016

PASRAH


D.U.I.T

Apa itu???

Doa, Usaha, iltizam, dan tawakal.

Resepi kejayaan katanya.

sering kali penceramah-penceramah motivasi mewar-warkan tips-tips kejayaan kepada kita dengan cara yang paling menarik supaya mudah diingati dan diamalkan.

Apa kaitannya resepi kejayaan ini dengan tajuk kita di atas??

Kaitannya begini, setelah disemak dan ditanya pada Dr Google, didapati maksud kalimah pasrah dan tawakal itu ada persamaan. Di antara variasi makna yang diterjemahkan oleh dewan bahasa dan pustaka kedua-dua ada menyelitkan satu perkataan yang sama dalam memberi makna kepada kalimah pasrah dan tawakal ini iaitu menyerah
 dan
 kedua-duanya tidak berhenti di situ, perkataan menyerah itu sambungannya adalah menyerah kepada Allah atau dalam erti kata lain berserah diri atau urusan kepada Allah.

Namun,
 pasrah yang sering difahami umum adalah lebih dekat ertinya kepada putus asa, sepertimana ayat yang sering kita dengar : "aku pasrah dengan ketentuan ini..."

Maka,
ingin saya mengubah persepsi pembaca sekalian tentang makna pasrah dalam penggunaan ayat yang sebegini. Perkataan pasrah dalam ayat-ayat sebegini bukan seharusnya membawa erti seseorang itu sudah berputus asa tapi bererti bahawa orang itu sedang berusaha meredhai ketentuan Allah ke atas dirinya dan mencuba mengimani firman Allah dalam surah ali imran : 54

"mereka merancang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancangan"

Dan begitulah seharusnya hidup seorang muslim, sebagaimana doa yang kita baca seusai zikir ma'thurat :
" ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasib diriku ini di tentukan oleh diriku sendiri walaupun dalam sekelip mata atau kadar yang lebih sekejap dari itu.."

Kita percaya bahawa Allah lah jua yang berkuasa atas segalanya.


No comments:

Post a Comment