Kesesatan itu kegelapan dan kebenaran itu
cahaya.
يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ
Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).
Namun berapa ramai yang memilih kegelapan
berbanding cahaya??
Apakah sebabnya??
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ :81)
Ketika fathul Makkah (pembukaan kota Mekah),
Rasulullah masuk ke kaabah dan memecahkan berhala-berhala didalamnya sambil
membaca ayat ini.
Betapa gigih, tabah dan kuatnya Rasulullah
menegakkan kebenaran. Maka kita lihat kegemilangan mereka yang memilih
kebenaran itu jelas tampak.
Namun kini, kita menyaksikan kesetan itu
sentiasa wujud dan bahkan ramai yang memilih jalan itu. Mungkinkah kerana sudah
tiada mereka yang mendesak kesesatan itu agar tampak kegelapannya dan
menunjukkan cahaya pada kebenaran itu sepertiman yang dilakukan oleh
Rasulullah?
Mari kita koreksi diri, bertanya pada diri kita
benarkah kita memiliki cahaya itu (islam) ?
Adakah kita tidak menunjukkan cahaya itu kepada
mereka (akhlak islam) yang berada dalam kegelapan sehingga mereka datang kepada
cahaya?
Atau
Adakah kita yang menyebabkan mereka terus
berada dalam kegelapan kerana akhlak kita yang tidak baik atau tutur kata yang
tidak sopan dan tidak menggambarkan ciri2 pemilik cahaya kebenaran??