Carut dalam dewan bahasa dan pustaka diberi erti perkataan keji. Kata kerjanya ialah mencarut.
Selalunya orang akan cenderung melontarkan kata-kata keji ini saat marah namun kadang kala ada juga yang menggunakannya dalam perbualan harian mereka.
kanak-kanak selalunya dilarang menggunakan kata-kata sebegini tapi malangnya pengaruh yang jahat biasanye lebih mudah melekat berbanding yang baik.
Mari kita lihat apa al-quran kata tentang kata2 yang buruk dan kata2 baik :

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
(surah ibrahim : 24 -26)
Perumpaan yang Allah berikan dalam firmanNya diatas tentang bagaimana akar yang baik pada sebatang pokok akan menghasilkan buah yang baik menunjukkan kepada kita bahawa hati yang baik akan menampakkan akhlak yang baik juga. Akar itu diumpamakan hati dan buah itu apa yang nampak dari diri seorang manusia iaitu perbuatan dan tingkah lakunya.
No comments:
Post a Comment