Monday, 30 May 2016

SESAT



Kesesatan itu kegelapan dan kebenaran itu cahaya.

يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ

Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). 

Namun berapa ramai yang memilih kegelapan berbanding cahaya??

Apakah sebabnya??

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ :81)

Ketika fathul Makkah (pembukaan kota Mekah), Rasulullah masuk ke kaabah dan memecahkan berhala-berhala didalamnya sambil membaca ayat ini.

Betapa gigih, tabah dan kuatnya Rasulullah menegakkan kebenaran. Maka kita lihat kegemilangan mereka yang memilih kebenaran itu jelas tampak.

Namun kini, kita menyaksikan kesetan itu sentiasa wujud dan bahkan ramai yang memilih jalan itu. Mungkinkah kerana sudah tiada mereka yang mendesak kesesatan itu agar tampak kegelapannya dan menunjukkan cahaya pada kebenaran itu sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah?

Mari kita koreksi diri, bertanya pada diri kita benarkah kita memiliki cahaya itu (islam) ?

Adakah kita tidak menunjukkan cahaya itu kepada mereka (akhlak islam) yang berada dalam kegelapan sehingga mereka datang kepada cahaya?

Atau

Adakah kita yang menyebabkan mereka terus berada dalam kegelapan kerana akhlak kita yang tidak baik atau tutur kata yang tidak sopan dan tidak menggambarkan ciri2 pemilik cahaya kebenaran??


No comments:

Post a Comment