Sesal atau penyesalan adalah sesuatu yang
normal dalam hidup seorang manusia.
Pepatah melayu ada menyebut,
“menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna lagi”
Maksud pepatah ini ialah orang yang berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu akan beruntung (menyesal dahulu pendapatan). Adapun orang yang menyesal kemudian bermaksud tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu tidak ada gunanya penyesalan setelah itu (menyesal kemudian tidak berguna lagi).
Ada benarnya dalam kata orang2 dahulu kala, memang hakikatnya kadangkala manusia berindak mengikut emosi atau nafsu maka mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Maka pepatah ini bertujuan menyedarkan dan menasihati manusia untuk tidak bertindak melulu.
Namun, sebagai manusia adakalanya kita membuat kesilapan walaupun telah diingatkan berkali-kali kita masih lupa dan lalai. Maka apabila kita sedar kembali kita akan menyesal juga.
Dalam konteks seorang mukmin, adakah menyesal kemudian itu tidak berguna lagi??
Sebagai seorang mukmin, kita memahami penyesalan itu sebagai bertaubat maka tidaklah ia menjadi sia-sia lagi meskipun di kemudian hari.
Sebagai manusia yang fitrahnya itu berdosa, kita dianjurkan untuk sentiasa bertaubat dan Allah suka akan hamba2Nya yang bertaubat…kerana bertaubat bukan beerti menyesali sahaja tetapi menyesali, memohon ampun dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
Memahami hakikat ini, kita tidak perlu lagi menyesal kemudian kerana menyesal kemudian memang tidak ada guna lagi tapi bertaubatlah dan teruskan hidup.
No comments:
Post a Comment