Perkataan sama erti bagi peluang ialah kesempatan.
Disini ingin saya kongsikan kisah seorang yang diberi peluang,
kisah ini berlaku di zaman Nabi Musa alaihi salam, ketika itu tempat penempatan bani israael dilanda kemarau yang teruk sehingga mereka kekurangan bekalan makanan. tidak tahan lagi dengan keadaan itu, bani israel pergi berjumpa dengan Nabi Musa untuk mengadu dan meminta nabi mereka untuk berdoa kepada Alah agar diturunkan hujan bagi mereka.
Nabi yang di anugerahkan mukjizat dapat berbicara terus dengan Allah itu pun berdoa kepada Allah meminta agar diturunkan hujan di tempatnya bagi kaumnya. Allah menjawab doa nabiNya dengan mengatakan bahawa dalam kalangan kaumnya itu ada seorang pendosa yang telah berbuat banyak jenis kemaksiatan selama 40 tahun dan tidak pernah memohon ampun kepada Allah maka Allah akan menahan hujan di tempat mereka kerana orang itu.
Mendengar itu, Nabi Musa mengumpulkan kaumnya di satu tempat dan menyampaikan jawapan Allah dari permintaan kaumnya itu. Nabi Musa menyuruh orang yang berdosa itu meminta ampun kepada Allah atau meninggalkan tempat mereka kerana dialah penyebab tertahannya hujan di tempat itu.
Seorang lelaki yang mendengar perkataan Nabi Musa itu pasti bahawa orang pendosa yang disebut itu adalah dirinya namun dia merasa malu untuk mengaku atau meninggalkan tempat itu kerana khuatir orang akan mengetahui siapa dirinya maka ketika itu lelaki ini berkata dalam diri :
"Ya Allah, jika akulah penyebab Engkau menahan hujan dari turun ditempat ini dan membuat seluruh penduduk ini merana maka ampunkanlah aku ya Allah."
Sebaik sahaja berakhirnya ucapan dari lelaki ini, hujan turun membasahi bumi tempat tinggal Nabi Musa dan kaumnya. Dengan rasa aneh Nabi Musa bersyukur atas kurniaan ini namun keran rasa ingin tahu Nabi Musa bertanya kepada Allah, " ya Allah, tiada yang mengaku berdosa dan tiada yang meninggalkan tempat ini maka bagaimana Engkau menurunkan hujan juga?"
Allah memberitahunya bahawa orang itu telah memohon ampun kepadaKu. Nabi Musa bertanya siapakah orang itu maka Allah berkata : " Aku tidak mendedahkan aib hambaKu disaat dia dalam maksiat dan Aku tidak mendedahkannya setelah dia memohon ampun kepadaKu."
Begitulah Allah yang Maha Pengasih, Maha pengampun dan Maha luas rahmatNya memberi peluang kepada hamba2Nya. Dia telah memberi kita peluang selagi mana kita hidup untuk memohon ampun kepadaNya. Oleh itu, disaat kita bangun di awal pagi dan mendapati kita masih lagi bernafas bersyukurlah kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.
No comments:
Post a Comment