Monday, 16 May 2016

HARAPAN


“Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih”

Masih berbicara tentang lagu dari tulisan saya yang lepas yang bertajuk putus…
Kali ini kupasannya dari sisi yang berbeza dari yang lepas tentang bagaimana penyanyi mengakhiri lagu beliau.

Ungkapan lirik pada akhir lagu tersebut adalah seperti diatas,
Penyanyi menyatakan hasratnya untuk terus mencuba untuk beroleh cinta pada sang Ilahi itu kerana mengetahui akibat tidak mendapatkan cinta dariNya.

Sikap ini adalah sikap seharusnya bagi seorang hamba apalagi apabila menyedari bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Luas Rahmatnya sepertimana firman Allah dalam 
surah az-zumar ayat 53:

A053
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ayat ini spesifik ditujukan kepada hamba-hambaNya yang telah melampaui batas atas berdosa.
Ini membuktikan Allah itu sangat belas kepada hambanya maka kita sebagai hamba yang tidak lepas dari berbuat dosa, kepadaNyalah kita berharap…


No comments:

Post a Comment