“ tanpa cintaku tetaplah Kau disana, aku
tanpa cintaMu…
bagai layang-layang terputus talinya..”
sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid
mirwana duet bersama Jay Jay yang berjudul “Aku tanpa cintaMu” sangat
mengasyikkan. Lagu ini sering kudengari dan kunyanyi bersama di masa kecilku.
Namun, setelah meningkat dewasa barulah
kufahami erti sebenar lirik2 yang ingin disampaikan…sangat deep dan touching..
Cinta yang disandarkan kepada Allah membuatkan
aku tersentuh dengan setiap ungkapan sang penyanyi..
Lagu ini mengisahkan seorang yang ingin
bertaubat akan kesalahan yang dilakukan tapi khuatir taubatnya tak diterima
lagi kerana telah berulang kali berjanji untuk tidak mengulangi dosanya itu.
“telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali, ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku”
Penyanyi menyesali diri dan bertanya
mengapa cinta kepada pencipta tidak hadir subur dalam jiwanya agar dia tetap
bahagia…dia menempelak diri kerana tidak dapat menanam kecintaan kepada Allah
di dalam hati agar diri tidak lagi mencari dunia untuk diisi.
Chorus lagu ini adalah seperti ungkapan
diawal tulisan saya, penyanyi menekankan bahawa kita sebagai hamba, kitalah
yang memerlukan Allah dan tanpa kita atau cinta kita Allah tidak akan terkesan
tapi kita tanpa Allah bagai laying-layang terputus talinya.
Bagaimana keadaan layang-layang yang
terputus talinya?
Adakah ia terus terbang tinggi di langit?
Tidak..sama sekali tidak...layang-layang
yang terputus talinya akan jatuh ke bumi dan tidak akan bisa terbang lagi…
Bersambung…
No comments:
Post a Comment