Monday, 30 May 2016

SESAT



Kesesatan itu kegelapan dan kebenaran itu cahaya.

يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ

Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). 

Namun berapa ramai yang memilih kegelapan berbanding cahaya??

Apakah sebabnya??

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS.al-Isra’ :81)

Ketika fathul Makkah (pembukaan kota Mekah), Rasulullah masuk ke kaabah dan memecahkan berhala-berhala didalamnya sambil membaca ayat ini.

Betapa gigih, tabah dan kuatnya Rasulullah menegakkan kebenaran. Maka kita lihat kegemilangan mereka yang memilih kebenaran itu jelas tampak.

Namun kini, kita menyaksikan kesetan itu sentiasa wujud dan bahkan ramai yang memilih jalan itu. Mungkinkah kerana sudah tiada mereka yang mendesak kesesatan itu agar tampak kegelapannya dan menunjukkan cahaya pada kebenaran itu sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah?

Mari kita koreksi diri, bertanya pada diri kita benarkah kita memiliki cahaya itu (islam) ?

Adakah kita tidak menunjukkan cahaya itu kepada mereka (akhlak islam) yang berada dalam kegelapan sehingga mereka datang kepada cahaya?

Atau

Adakah kita yang menyebabkan mereka terus berada dalam kegelapan kerana akhlak kita yang tidak baik atau tutur kata yang tidak sopan dan tidak menggambarkan ciri2 pemilik cahaya kebenaran??


SESAL



Sesal atau penyesalan adalah sesuatu yang normal dalam hidup seorang manusia.

Pepatah melayu ada menyebut,
“menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna lagi”

Maksud pepatah ini ialah orang yang berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu akan beruntung (menyesal dahulu pendapatan). Adapun orang yang menyesal kemudian bermaksud tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu tidak ada gunanya penyesalan setelah itu (menyesal kemudian tidak berguna lagi).

Ada benarnya dalam kata orang2 dahulu kala, memang hakikatnya kadangkala manusia berindak mengikut emosi atau nafsu maka mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Maka pepatah ini bertujuan menyedarkan dan menasihati manusia untuk tidak bertindak melulu.

Namun, sebagai manusia adakalanya kita membuat kesilapan walaupun telah diingatkan berkali-kali kita masih lupa dan lalai. Maka apabila kita sedar kembali kita akan menyesal juga.

Dalam konteks seorang mukmin, adakah menyesal kemudian itu tidak berguna lagi??

Sebagai seorang mukmin, kita memahami penyesalan itu sebagai bertaubat maka tidaklah ia menjadi sia-sia lagi meskipun di kemudian hari.

Sebagai manusia yang fitrahnya itu berdosa, kita dianjurkan untuk sentiasa bertaubat dan Allah suka akan hamba2Nya yang bertaubat…kerana bertaubat bukan beerti menyesali sahaja tetapi menyesali, memohon ampun dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Memahami hakikat ini, kita tidak perlu lagi menyesal kemudian kerana menyesal kemudian memang tidak ada guna lagi tapi bertaubatlah dan teruskan hidup.
 

Monday, 23 May 2016

TAUBAT


Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli betapa banyaknya. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli betapa banyaknya. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi bumi seluruhnya."

ungkapan di atas ialah hadis qudsi, kata-kata Allah yang disampaikan oleh Rasulullah. ucapan Allah kepada hambaNya di atas jelas menunjukkan betapa Allah mencintai hamba2Nya dan tidak mahu mencampakkan hambaNya ke dalam neraka. Allah memberitahu kita bahawa tidak kira betapa banyak dosa yang kita lakukan seandainya kita memohon ampun kepadaNya walau sekali akan Dia ampunkannya.

Pernah di suatu ketika, baru selesai sebuah peperangan antara kaum musyrikin dan kaum muslimin seorang wanita yang menjadi tawanan perang pihak muslimin kelihatan sedang memegang seorang bayi dan bayi itu sedang menangis maka tanpa ragu2 wanita tersebut yang juga ibu kepada bayi itu menyusukan anaknya itu walaupun keadaan masih huru-hara baru selesai perang ketika itu. 

kejadian ini disaksikan oleh Rasulullah dan para sahabat, maka Rasulullah bertanya kepada sahabat2nya di situ, " menurut pendapat kalian, adakah ibu ini sanggup mencampakkan bayi yang sedang disusuinya ini ke dalam api?"

para sahabat yang mendengar soalan ini, menjawab "TIDAK" dengan penuh yakin. Rasulullah lalu  berkata "ketahuilah kalian bahawa kasih sayang Allah kepada hambaNya lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya".

Kita tahu betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan itulah kasih sayang yang tiada tandingannya di dunia. Kasih yang dicurahkan tanpa mengharapkan balasan itu sudah sangat mengagumkan namun ada yang lebih besar dari itu, iaitu kasih sayang Allah kepada kita...

PELUANG


Perkataan sama erti bagi peluang ialah kesempatan.

Disini ingin saya kongsikan kisah seorang yang diberi peluang,

kisah ini berlaku di zaman Nabi Musa alaihi salam, ketika itu tempat penempatan bani israael dilanda kemarau yang teruk sehingga mereka kekurangan bekalan makanan. tidak tahan lagi dengan keadaan itu, bani israel pergi berjumpa dengan Nabi Musa untuk mengadu dan meminta nabi mereka untuk berdoa kepada Alah agar diturunkan hujan bagi mereka. 

Nabi yang di anugerahkan mukjizat dapat berbicara terus dengan Allah itu pun berdoa kepada Allah meminta agar diturunkan hujan di tempatnya bagi kaumnya. Allah menjawab doa nabiNya dengan mengatakan bahawa dalam kalangan kaumnya itu ada seorang pendosa yang telah berbuat banyak jenis kemaksiatan selama 40 tahun dan tidak pernah memohon ampun kepada Allah maka Allah akan menahan hujan di tempat mereka kerana orang itu.

Mendengar itu, Nabi Musa mengumpulkan kaumnya di satu tempat dan menyampaikan jawapan Allah dari permintaan kaumnya itu. Nabi Musa menyuruh orang yang berdosa itu meminta ampun kepada Allah atau meninggalkan tempat mereka kerana dialah penyebab tertahannya hujan di tempat itu.

Seorang lelaki yang mendengar perkataan Nabi Musa itu pasti bahawa orang pendosa yang disebut itu adalah dirinya namun dia merasa malu untuk mengaku atau meninggalkan tempat itu kerana khuatir orang akan mengetahui siapa dirinya maka ketika itu lelaki ini berkata dalam diri :

"Ya Allah, jika akulah penyebab Engkau menahan hujan dari turun ditempat ini dan membuat seluruh penduduk ini merana maka ampunkanlah aku ya Allah."

Sebaik sahaja berakhirnya ucapan dari lelaki ini, hujan turun membasahi bumi tempat tinggal Nabi Musa dan kaumnya. Dengan rasa aneh Nabi Musa bersyukur atas kurniaan ini namun keran rasa ingin tahu Nabi Musa bertanya kepada Allah, " ya Allah, tiada yang mengaku berdosa dan tiada yang meninggalkan tempat ini maka bagaimana Engkau menurunkan hujan juga?"

Allah memberitahunya bahawa orang itu telah memohon ampun kepadaKu. Nabi Musa bertanya siapakah orang itu maka Allah berkata : " Aku tidak mendedahkan aib hambaKu disaat dia dalam maksiat dan Aku tidak mendedahkannya setelah dia memohon ampun kepadaKu."

Begitulah Allah yang Maha Pengasih, Maha pengampun dan Maha luas rahmatNya memberi peluang kepada hamba2Nya. Dia telah memberi kita peluang selagi mana kita hidup untuk memohon ampun kepadaNya. Oleh itu, disaat kita bangun di awal pagi dan mendapati kita masih lagi bernafas bersyukurlah kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Monday, 16 May 2016

HARAPAN


“Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku disini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih”

Masih berbicara tentang lagu dari tulisan saya yang lepas yang bertajuk putus…
Kali ini kupasannya dari sisi yang berbeza dari yang lepas tentang bagaimana penyanyi mengakhiri lagu beliau.

Ungkapan lirik pada akhir lagu tersebut adalah seperti diatas,
Penyanyi menyatakan hasratnya untuk terus mencuba untuk beroleh cinta pada sang Ilahi itu kerana mengetahui akibat tidak mendapatkan cinta dariNya.

Sikap ini adalah sikap seharusnya bagi seorang hamba apalagi apabila menyedari bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Luas Rahmatnya sepertimana firman Allah dalam 
surah az-zumar ayat 53:

A053
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ayat ini spesifik ditujukan kepada hamba-hambaNya yang telah melampaui batas atas berdosa.
Ini membuktikan Allah itu sangat belas kepada hambanya maka kita sebagai hamba yang tidak lepas dari berbuat dosa, kepadaNyalah kita berharap…


PUTUS


“ tanpa cintaku tetaplah Kau disana, aku tanpa cintaMu…
bagai layang-layang terputus talinya..”

sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid mirwana duet bersama Jay Jay yang berjudul “Aku tanpa cintaMu” sangat mengasyikkan. Lagu ini sering kudengari dan kunyanyi bersama di masa kecilku.
Namun, setelah meningkat dewasa barulah kufahami erti sebenar lirik2 yang ingin disampaikan…sangat deep dan touching..

Cinta yang disandarkan kepada Allah membuatkan aku tersentuh dengan setiap ungkapan sang penyanyi..

Lagu ini mengisahkan seorang yang ingin bertaubat akan kesalahan yang dilakukan tapi khuatir taubatnya tak diterima lagi kerana telah berulang kali berjanji untuk tidak mengulangi dosanya itu.

“telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali, ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku”

Penyanyi menyesali diri dan bertanya mengapa cinta kepada pencipta tidak hadir subur dalam jiwanya agar dia tetap bahagia…dia menempelak diri kerana tidak dapat menanam kecintaan kepada Allah di dalam hati agar diri tidak lagi mencari dunia untuk diisi.

Chorus lagu ini adalah seperti ungkapan diawal tulisan saya, penyanyi menekankan bahawa kita sebagai hamba, kitalah yang memerlukan Allah dan tanpa kita atau cinta kita Allah tidak akan terkesan tapi kita tanpa Allah bagai laying-layang terputus talinya.

Bagaimana keadaan layang-layang yang terputus talinya?

Adakah ia terus terbang tinggi di langit?

Tidak..sama sekali tidak...layang-layang yang terputus talinya akan jatuh ke bumi dan tidak akan bisa terbang lagi…


Bersambung…

Monday, 9 May 2016

a hundred words


what if one day you found out that there's only 100 words left for you to say? once you said all 100 words you'll eventually die or vanished from this world...

what would it be?
what are the words that you would choose to say?
and most importantly to who would you use it for?

There was a movie that i once watched about a man whose words were limited...every word that comes out from his mouth will make a leaf fall from the enchanted tree and when all the leaves fall he will die...this guy, being a businessman who uses his words to make money is having a really hard time but at that point he realize that he hadn't been using his word wisely up till that point so he wanted to use all the words that is left for him correctly and so he look for his loves one, chooses the right words and use his word to express his feelings toward them.
 the movie had a happy ending but that's not what i'm writing today.

What i'm saying is that words plays an important roles in our lives that they're often misused as well.

but what could be stronger than word you ask?
that is action..
we often hear that action speaks louder than word

Ali radhiallahu anhu once said in his speech...this speech was the first speech that he gave after was chosen as the caliph and it was the time of a great fitnah after the death of Uthman R.A.
"i'm in need of people with actions...
because revolution does not come through talking. You and i are both good at talking, that we would be having revolution every hour if revolution do come from just talk but it does not"




Sunday, 8 May 2016

carut


Carut dalam dewan bahasa dan pustaka diberi erti perkataan keji. Kata kerjanya ialah mencarut.
Selalunya orang akan cenderung melontarkan kata-kata keji ini saat marah namun kadang kala ada juga yang menggunakannya dalam perbualan harian mereka.

kanak-kanak selalunya dilarang menggunakan kata-kata sebegini tapi malangnya pengaruh yang jahat biasanye lebih mudah melekat berbanding yang baik.

Mari kita lihat apa al-quran kata tentang kata2 yang buruk dan kata2 baik :


A024
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

A025
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

A026
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
(surah ibrahim : 24 -26)

Perumpaan yang Allah berikan dalam firmanNya diatas tentang bagaimana akar yang baik pada sebatang pokok akan menghasilkan buah yang baik menunjukkan kepada kita bahawa hati yang baik akan menampakkan akhlak yang baik juga. Akar itu diumpamakan hati dan buah itu apa yang nampak dari diri seorang manusia iaitu perbuatan dan tingkah lakunya.

Sunday, 1 May 2016

The best of you...


Listen up dear friends...
for here is a story of a great man who ever lived.
He is a father, a husband, a friend, a warrior, a ruler and most importantly a man.
He's not an angle but a perfect man. He walks, eat, talk and laugh like any human would. He had felt loved, hurt, ashemed and anger like any other man but never for the wrong course.
He was great at every single role he had for he was very humble though he was a ruler and have followers.
He was a sincere man, he was true to his words and had never told lies even in jokes.

This man was listed number one the most influential person because he had a great character so he was great with any role.
He is our prophet Muhammad peace be upon Him...
He had once shared the secret to his great character..
He said "the best of you is he who is best to his wife and family..."

Penguins


It is known that penguins are  cute, adorable creatures living in cold weather. Mostly found in the southern hemisphere. 

Here are some facts about penguins :
  1. They can spend 75% of their lives in the water, they do their hunting in water as they eat mostly fish and they can detect their prey within 60 feet of the surface of water.
  2. penguin can only lay up to 2 eggs, some species only lay one egg.
  3. Penguin's eyes work just as well underwater then they do on land.
  4. Penguins can march up to hundreds of kilometers just to reach their breeding sites.
  5. Sadly, penguins are endangered species.
These are just 5 facts about penguins, there are more but one of the things that make me want to write about penguins is that the fact that penguins go against the conventional male-female parenting role. where unlike most species, male penguins stays in the nest and look after their eggs while the female penguins goes out to search for food.

This one fact about penguin occur to me when watching the video below :